Friday, August 20, 2010

Baby Mason says STOP!!!!

aww,cutie mason asking the 'unnie' to stop singing..LOL~ after all,I think her irritating voice was bothering him..or..he just hated the singing voice..haha,what am I thinking about,do those things are same..so,the conclusion is...mason doesn't like her singing..hahaha.. this is freakingg adorable side of moon mason !! LOVE THIS KID~


Wednesday, August 18, 2010

Insafi diri..

Salam ukhuwah Ramadhan..dah masuk Ramadhan ni kan,hati baru terpikiaq yang selama ni bertapa banyaknya kesalahan dan kesilapan yang dilakukan..tambahan pulak paih baca blog seorang teman dan kawan,dapat jugak la insafi diri ni,rupanya banyak jugak kekurangan yang ada dalam diri selama ni..ALLAH maha besar lagi maha adil,tatkala Ramadhan dibukakan minda dan pintu hati untuk berfikir dengan lebih rasional dan berubah dari tidak berapa nak baik kepada lebih baik..insyaALLAH.. YA ALLAH,kurniakanlah hambaMU ini rahmat dan hidayahMU agar aku tidak terpesong..amin yarabbala'lamin..kadang2 terpikir jugak,betoila apa yang kawan tu tulih di blog dia..awal Ramadhan kemain lagik cakap nak penuhkan tarawih rahun ni,tapi baru 5 kali tarawih,hurm,macam dok kata laa..adehh,terasa diri amatlah jahil,dah nama niat kenalah tunaikan,melainkan ada sebab2 yang munasabah..ni tak dah tu tak p tarawih,dan lagik mencangkung depan tv.dari orang p tarawih,sampai orang balik pun,dok cangak ja khusyuk tengok tv..tuu diaa,punyalah lalai diri ni..haa,sembang pasai khusyuk..kalo khusyuk dalam solat lagu khusyuk cam tengok tv tu takpa gak.ni dalam solat,MashaALLAH..susah betoi nak khusyuk,teringat apa taktau.huhuh..tu la serba sedikit kelalaian diri nak cerita..sebenaqnya kalo nak cerita,10 perenggan pun takkan abih..lani,dah cerita kat sini baru tau bertapa dahsyatnya diri ni.YA ALLAH,bertapa lalainya aku selama ni..ampunkan hambaMU ini YA ALLAH..jauhilah aku daripada kelalaian dunia yang hanya sementara ini.. amin...


haa,ni nak cerita pulak pasai manusia akhir zaman sekarang..bukan apa kadang2 tu geram pun ada paih baca paper,tetiap hari sana sini buang bayi..apa ingat bayi tu sampah ke nak buang2??kadang2 terpikiaq gak,mudahnya depa amik jalan penyelesaian nak lari dari masalah..dah tu buat anak pandai,maksiat sana sini,tapi last2 dah lahirkan anak tu,p buang pulak..tauk dalam sungai la,tong sampah la,pembentung la.. sebenaqnya diri ni tidak la bagus sangat nak nasihat orang,tapi tak ke ada rasa kasihan atau sifat kasih sayang kat bayi tu?bertapa comel dan tidak berdosanya bayi tersebut untuk diperlakukan sebegitu..ingatlah,besok2 kat akhirat,bayi tersebutlah yang akan jadi saksi atas apa yang dilakukan oleh orang yang tak berperikemanusiaan tu kat dia..silap2 daripada nak masuk syurga,terus dihalang dan terjunam masuk neraka..waallahua'lam..mintak jauhh la daripada perkara2 tersebut..ALLAH dah bagi jalan paling baik untuk hamba2NYA untuk melahirkan zuriat yang sah iaitu melalui perkahwinan..Nabi s.a.w. pun ada bersabda di dalam hadis baginda,

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”

Sabdanya lagi:
“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”

Sudah terang lagi bersuluh,zina itu merupakan dosa besar dan perlulah dihindari..oleh itu,sama2lah kita amik ikhtibar dan sama2 berdoa semoga kita dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan dan perkara2 sosial yang diharamkan..amin yarabbala'lamin.. semoga kita peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. insyaALLAH..


P/S: dah la tuu,buang yang keruh ambil yang jernih..janganlah cari salah orang andai salah kita sendiri tak diperbetul..jangan mengutuk dan jangan mencela..tak ada bonus pun kalo kita kutuk2 atau cela orang,dapat dosa ada la..harap ambil ikhtibar..sama2 kita muhasabah diri..ma salama.. ila liqa (^__^)