Friday, June 8, 2012

Cinta sebelum nikah?

Cinta sebelum nikah atau dalam bahasa pasarnya "COUPLE" itu adakah salah??
Frankly speaking ( test omputeh sikit ) , cinta itu sendiri tak salah, yang salahnya cara melaksanakan cinta tersebut.
Keluar dating, call or sms tanpa ada urusan yang penting, panggil dengan panggilan yang tidak sepatutnya dipanggil (ayang, B, etc...) itulah antara cara perlaksanaan cinta yang menjadikan cinta itu salah sebenarnya.

Fitrah manusia, mahu mencintai dan ingin dicintai.
Apapun laksanakan cinta yang berlandaskan syarak ye kawan kawan :)

Saturday, April 28, 2012

Siyes tamau balik uni.

Deng! malaih la nak balik uni balik.
Hati rasa berat ja nak tinggai kampung halaman.
Tapi apakan daya,cuti dapat seminggu ja.
Kalau boleh buat cuti sendiri,nak saja sambung cuti berbulan bulan lagi.
Haishhh. Tapi apakan daya.
Kira orang dah bagi cuti tu dah kira cukup dah tu.
kan..
Belajaq itu jihad.
Jihad itu pahala.
Think Positive.Study.Deen.Graduate with hons.Get an excellent job.Be with Family FOREVER.
InshaAllah.. :))))

Tuesday, April 24, 2012

Mood midterm break! hooyeahh!

╔═══╗ ♪
║███║ ♫
║ (●) ♫
╚═══╝♪♪ Ale le le le leya Oooo *sambil bernyanyi lagu harimau malaya*
Mood aku lani sangatlah tak hengen nak balik uni dah. hahaha
Rasa macam nak extend ja sem ni (hang gila ka apa mek??)
HEHE. dak lahhh. tebiat apa nak extend?? sat lagi tak pasai-pasai kena 'kame hame haaa' dengan abah mak naya cheq oiii. huhu.

Cuti ni aku ada tanam pokok baru kat kebun. (fuuuuhhhyohhh,pekebun dah aku lani)
Hangpa kenai dak pokok SETAQ?? orang belah aku utagha ni panggil setaq la.
kalau duk belah selatan,barat daya,timuq laut tu aku taktau la depa panggil apa. setar barangkali. hehe.
Mai aku tunjuk kat hangpa lagumana rupa buah setaq. tengok bawahh..


Gambaq source from pokcik GOOGLE. hee
Pokok setaq ni orang tua-tua habaq kata kalau nak tanam kena tanam kat aloq (paya).
Pasepa hangpa nak tau???
Pasai bila pokok setaq duk kat aloq,jadilah koko krunch...(eh,tersemangat dengan iklan koko krunch pulak)
bukan koko krunch tapi... jadilah ALOQ STAQ!! lagutu la bunyiknya.
Orang dulu kan suka buat lawak. macam comei ja lawak depa. hehe

Oklah,banyak dah aku merapu ni. mesti hangpa rasa annoying gila baca post aku ni kan.
(ohh,pleaseee,kalau terasa annoy sesangat dengan post aku ni silalah jangan baca,takpa aih,aku tak paksa pun hangpa baca. PEACE! )
Selamat mencuba merasa buah setaq :)

Monday, April 2, 2012

Blog berwajah baru??

Oh yeah bebeh, blog berwajah baru uii..
Apapun sebenaqnya tadak benda pun nak update di sini.
Nak habaq kata blog bermuka baru je.
hehehe.
Eh,baru teringat ada benda nak cakap.
Actually (omputeh sikittt), aku sedang menunggu midterm break ni.
Adoiyai,lambat bebenor lah mau cuti.
Orang je ada kat sini,jiwa ada kat rumah sudah.
Cepatlah midterm cepatlahhh!!!
Ok,itu je nak merepek merapu.. daaaa :)



zwani.com myspace graphic comments
zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments

Saturday, March 24, 2012

Doodle-ing!


Senornyee tadak benda pun nak post.
Jadi silalah hayati hobi baru saya yang tadak pekdah ni.
HEHEHE


Credit untuk pemilik doodle tersebut yang sebenarnya.
sorry,saya just nak melukis je.
saya ni tadak bakat melukis pun,hanya try gitu gitu je ni.
ngeee~~ ^^

Saturday, March 10, 2012

Mudahnya wanita mendapat pahala & syurga.

Istimewanya kaum wanita disisi Allah.
Mudahnya kaum Hawa memperoleh Syurga Allah.
Indahnya kelebihan di atas pahala yang terhidang.
Kejarlah pahala dan syurga itu :)
Renungkan..

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Monday, March 5, 2012

Teringat home sweet home :'(

Rindu rumah la.
Rindu MAK, ABAH, ADIK ADIK, BILIK, TV dan STREAMYX RUMAH.


zwani.com myspace graphic comments

Tak sampai seminggu duk kb ni dah rindu hometown yang terchenta dah.
Apa buleh buat, kena la berkorbang sikit.
Tuntut ilmu tu kan JIHAD.
Jihad kan dapat pahala.
Rindu macam mana pun kena letak tepi sat.
Semangat Semangat SEMANGAT!

zwani.com myspace graphic comments